Sunday, October 18, 2015

Pengisian PAJSK Online bermula 19/10/15

Pengisian markah PAJSK online boleh dilakukan bermula Isnin, 19/10/15 melalui sesawang:

https://pajsk.moe.gov.my/index.php

Tarikh tutup : 30 Oktober 2015  (Peringkat Sekolah)

Sila baca manual berkaitan pengisian markah online ini yang boleh dimuat turun di bawah:

manual sop pajsk

Monday, October 5, 2015

Pengisian Markah Koku 2015 dan Data Hadir Koku 2015

Salam sejahtera. Pengisian markah koku 2015 akan diadakan pada 7 Oktober 2015 bersamaan hari Rabu, bermula jam 12.40 tengahari. Sila patuhi panduan dan arahan yang disediakan melalui link di bawah:

a) Jadual Pengisian Markah Koku PAJSK (Ting Peralihan - Ting 4)
b) Arahan Guru Tingkatan kepada murid 

Selepas Program Pengisian Markah Koku dijalankan pada 7 Oktober 2015, semua guru tingkatan kedua semua Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 Atas dikehendaki mengisi Data Hadir Koku 2015 yang diperlukan oleh unit BKK (Bahagian Kokurikulum) KPM sebelum 12 Oktober 2015. Gunakan borang yang telah dikutip untuk menanda kehadiran setiap murid kelas mengikut Persatuan/Kelab, Badan Uniform dan Sukan/Permainan. Borang yang telah siap mesti diemel kepada ckkew@yahoo.com dengan menamakan fail tersebut seperti 1Kenanga_DHK2015 (nama kelas_DHK2015) untuk digabung jalinkan sebelum di emel kepada PPD dan JPN pada 12 Oktober 2015. Guru Tingkatan Kedua boleh download borang kosong Data Hadir Koku 2015 pada link di bawah:

Data Hadir Koku 2015.

Makluman tentang bila masa Sistem PAJSK online dibuka akan dimaklumkan kelak.

Mohon kerjasama semua guru untuk menjayakan kedua-dua program berkaitan dengan menepati masa yang telah diberitahu. Sekian, terima kasih



Monday, September 21, 2015

Taklimat PAJSK 2015

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan taklimat PAJSK 2015 yang telah disampaikan kepada semua guru tingkatan Peralihan ke Tingkatan 4.

Taklimat PAJSK 2015

Monday, September 14, 2015

Pengisian Markah Kokurikulum Tingkatan 5 2015

Sila gunakan link di bawah untuk membuka folder kelas Tingkatan 5 tahun 2015. Kemudian download kelas masing-masing. Terima kasih.

Folder Kelas Tingkatan 5

Langkah: Apabila folder dibuka, semua kelas Tingkatan 5 akan dipaparkan. Di setiap kelas, di sebelah kanan terdapat butang anak panah. Klik dan pilih download. Seterusnya, klik butang download pada paparan seterusnya.

Friday, August 21, 2015

Pengisian Markah PAJSK Tahun 2014 dan 2015

Salam hormat kepada semua guru tingkatan pertama dan kedua SMK Dato' Mohd Taha tahun 2015.

Untuk makluman semua, pengisian markah PAJSK akan bermula tidak lama lagi iaitu bermula pada bulan September 2015.

Oleh sebab sistem online PAJSK tahun lepas tidak berjalan dengan sempurna, maka markah PAJSK online hanya dapat dilaksanakan untuk murid Tingkatan 3 tahun 2014 sahaja. Murid Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 tahun 2014 tidak dapat dilaksanakan.

Untuk pengisian data markah online PAJSK 2015 yang memerlukan data tahun 2014 dan 2015, maka pihak kami telah membangunkan satu sistem pengiraan offline secara autokira markah koku tahun 2014. Markah tahun 2015 akan diisi secara online apabila tapak online dibuka kelak.

Pengiraan markah offline secara autokira ini perlu dibuat oleh guru tingkatan kedua Tingkatan 3 dan Tingkatan 2 sahaja. Guru Tingkatan 4 akan menggunakan markah yang telah dibuat secara online tahun lepas.


Semua guru tingkatan kedua Tingkatan 3 dan Tingkatan 2 tahun ini, diminta download fail-fail di bawah untuk menyiapkan kerja mengira markah secara offline autokira:

a) Kaedah Permarkahan PAJSK

b) Tapak Autokira PAJSK

Tarikh taklimat berkaitan pengisian markah PAJSK tahun 2015 akan dimaklumkan kelak. Terima kasih

Friday, June 26, 2015

Carta Gantt KBAT dalam Koku

Berikut adalah contoh Carta Gantt untuk JK Koku Induk, Persatuan/Kelab dan Badan Uniform. Semua Penyelaras dan Ketua Penasihat/Pemimpin diminta download contoh Carta Gantt JK Induk dan contoh unit masing-masing daripada link di bawah:

Carta Gantt KBAT JK Induk Koku

Carta Gantt Persatuan/Kelab

Carta Gantt Badan Uniform